Friday, May 22, 2009

Kursus LDP siri 2/2009

Hari ini seramai 77 orang guru SMK Jelawat telah menghadiri kursus LDP siri 2/2009 yang dianjurkan oleh unit LDP SMK Jelawat. Pengisiannya adalah:
  • PnP berkesan - disampaikan oleh Bekas Pengetua SMK Kandis, Bachok.
  • Panduan membuat Blog menggunakan Wordpress - Tn Hj Safaee Zakaria, Guru SMK Jelawat.
  • Easy English For Teaching & Learning - En Mohd Rimin Abdullah

Wednesday, December 10, 2008

Akhirnya

Akhirnya kerana kesilapan teknik semasa membuat editing blog ini, secara tidak sengaja sebahagian besar tulisan sebelum ini yang telah diposkan telah terpadam. Alangkah ruginya.

Apa pula selepas ini ?

Hari ini sudah berakhir tempoh untuk semua Umat Islam serantau alam ini melakukan ibadat qurban pada tahun ini. Selama 3 hari mulai 10 Zulhijjah, sudah banyak lembu / kerbau / kambing dan Unta yang sudah diqurbankan. Sudah banyak daging yang telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga semangat qurban ini terus segar dalam jiwa kita semua dan terus dipupuk sehingga bila-bila. Bagi umat Islam yang berpeluang menunaikan ibadat haji tahun ini, tahniah semoga memperolehi haji mabrur. Bagi yang belum berpeluang, insyaAllah tahun-tahun mendatang mungkin giliran anda pula. Berdoalah semoga kita pula berpeluang untuk menjadi tetamu Allah selepas ini.

Hari ini 11 Dis 2008 - bermakna tinggal 20 hari sahaja lagi tahun 2009 akan muncul. Sudah sampai masanya untuk kita mencongak apa kemajuan yang telah kita capai sepanjang tahun 2008 ini, apakah perkara-perkara yang tidak sempat kita laksanakan. Mungkin juga kita boleh menyemak apakah strategi dan tindak-tanduk kita tahun ini masih boleh diteruskan tahun depan, atau ada yang perlu digugurkan dan ada yang perlu kepada penambahbaikan???

Apa yang pasti, mengikut Imam Al-Ghazali, setahun lagi kita telah tinggalkan masa / usia kita. Masa ini dengan apa cara sekalipun tak dapat kita ambil balik, malah ia akan terus menjauhi kita. Jadikanlah masa yang berlalu itu sebagai guru dan panduan untuk kita menghadapi masa-masa mendatang dengan lebih baik dan lebih bermunafaat. Perlu juga kita ingat, masa depan yang akan kita lalui ini belum tentu bila noktah kehidupan kita - Kita semakin mendekati ...... . Fikirkanlah.

Friday, July 25, 2008

My first word

Ini adalah percubaan pertama untuk memasuki alam menulis blog. Baru mula nak belajar. Melalui ruang ini, harap-harap dapat buat perkongsian idea.